Sinopsis Drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek (ASTRO)



Sinopsis Drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek (ASTRO)|NANTIKAN drama bersiri terbaru berjudul Cik Reen & En. Ngok Ngek hasil karya Maya Adira yang bakal bersiaran untuk slot Megadrama di saluran Astro Ria. Bakal menampilkan gandingan hebat Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim. Drama bersiri ini merupakan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan dibawah arahan Hadith Omar.

Sinopsis Drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek (ASTRO)

JUDUL : CIK REEN & ENCIK NGOK NGEK
TARIKH TAYANGAN : 1 Oktober 2018
SIARAN TV : Slot Megadrama (Astro Ria)
PENULIS NOVEL : Maya Adira
PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania, Nik Adam Mika, Raja Azmi

WATAK PELAKON :
Farah Nabilah sebagai Azreen
Fikry Ibrahim sebagai Harris Zakuan
Scha Elinnea sebagai Izyan
Farhan Asri sebagai Iqram
Iswan Ismail sebagai Iman
Haneesya Hanee sebagai Zaza

SINOPSIS:

Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Bagi menutup malu, keluarga mereka mencadangkan Azreen (kakak Izyan) dan Harris (abang Iqram) untuk berkahwin bagi menggantikan majlis tersebut.

Selepas berkahwin, mereka membuat keputusan untuk mencari Izyan dan Iqran. Kedua mereka berhasrat untuk berpisah sekiranya berjaya membawa Izyan dan Iqram pulang. Bagi Azreen cinta tidak boleh dipasak dan mengetahui Harris pula sudah ada teman hati yang didambakan iaitu Zaza. Sepanjang pengembaran mereka, Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak. 

No comments

Powered by Blogger.