Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Klik! Pengantin Musim Salju



Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Klik! Pengantin Musim Salju|NANTIKAN drama terbaru adaptasi novel berjudul 'Klik! Pengantin Musim Salju' hasil karya Suri Ryana yang bakal bersiaran di Astro Ria. Menampilkan gandingan seperti Alif Satar dan Siti Nordiana sebagai teraju utama. Turut dibarisi oleh Atikah Suhaime, Adam Lee, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Hadith Omar.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Klik! Pengantin Musim Salju

Judul : KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU
Jumlah Episod : 20 episod
Tarikh Tayangan : 14 Mei 2018
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 7:00 malam
Siaran TV : Astro Ria 104, Astro Ria HD 123
Penulis Novel : Suri Ryana
Pengarah : Hadith Omar
Terbitan : Filmscape Sdn Bhd
Pelakon : Alif Satar, Siti Nordiana, Adam Lee, Atikah Suhaime, Norlia Ghani, Nina Juren, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo, Aleza Shadan, Jasmine Ashraff, Farouk Hussain, Mak Wan, Zamarul Hisham

Watak Pelakon:
Alif Satar sebagai Adam Putra
Siti Nordiana sebagai Kasih Lateefa
Adam Lee sebagai Hud Mikael
Atikah Suhaime sebagai Karlisha Zandra
Norlia Ghani sebagai Tengku Maryam
Nina Juren sebagai Tengku Alawiyah
Lan Solo sebagai Irham
Cik Manggis sebagai Nana
Dafi sebagai Sam
Ardell Aryana sebagai Layla

Sinopsis:

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir.

Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

No comments

Powered by Blogger.