Sinopsis Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin



Sinopsis Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin|NANTIKAN drama akan datang adaptasi novel Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin karya Umi Syidah di slot Akasia TV3. Gandingan hebat seperti Raysha Rizrose, Azrel Ismail, dan Idris Khan sebagai peneraju dalam drama ini. Drama terbitan Country & Universal Sdn Bhd ini diarahkan oleh Nizam Zakaria.

Sinopsis Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

JUDUL : PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN
TARIKH / MASA : 10 Julai 2017
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Umi Syidah
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Raysha Rizrose, Azrel Ismail, Idris Khan, Aprena Manrose, Zera Hariz

WATAK PELAKON
Raysha Rizrose sebagai Yuhanis (Hani)
Azrel Ismail sebagai Sharul Nizam
Idris Khan sebagai Saiful Mizan

SINOPSIS PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN

Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.

Pada mulanya Mizan, menolak sekerasnya kerana tidak mahu menjadi pak turut. Mizan juga masih trauma dengan perceraianya dua tahun lalu.

Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat. Dia tidak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwinan hanya bersifat sementara.

Kata-kata Saiful Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tunang Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Saiful Mizan yang mahu merebut cinta mereka kembali.

Rumah tangga yang dibina mula goyah. Kebahagiaan mereka mula dilanda badai. Ada rahsia yang belum terlerai. Ada cinta yang belum terucap. Ada perkara yang belum selesai. Mampukan Saiful Mizan mempertahankan Yuhanis sebagai isterinya?

No comments

Powered by Blogger.